Sunday, July 29, 2012


Nasihat Rasulullah SAW ketika bulan Ramadhan
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin.

Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.


Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.

Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin

Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:) 
Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir

Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardhu dibulan yang lain

Barang siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.


Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka

Cetak
Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. 

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. 
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. 

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agens

Rebut kelebihan Ramadan

 Mohd Ali Muhamad DonCetak
Pada Ramadan, masyarakat Islam digalakkan memperbanyak bersedekah, menyediakan juadah berbuka puasa dan menghulurkan apa juga bantuan yang terdaya bagi mencontohi perbuatan Baginda Nabi SAW yang sangat pemurah.

Begitu juga kewajipan bersegera menunaikan fardu zakat fitrah bagi yang berkemampuan tidak harus dilengah-lengahkan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi makanan kepada mukmin yang kelaparan maka Allah SWT akan memberinya makanan buah-buahan syurga pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi minuman kepada mukmin yang kehausan maka Allah SWT akan memberinya khamar syurga yang termeterai bekasnya pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi pakaian kepada mukmin yang tidak berpakaian maka Allah SWT akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau.” (Riwayat al-Tirmiziy dan Abu Daud)

“Tidaklah berkumpul suatu kaum di rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat Allah SWT, malaikat akan menyertai mereka dan Allah SWT membanggakan mereka di kalangan malaikat yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Daud)
Baginda SAW pernah ditanya sedekah yang paling afdal dan Baginda menjawab, sedekah pada Ramadan.

Selain itu kelebihan, Ramadan juga dibahagi-bahagikan kepada nikmat beroleh rahmat Allah SWT pada 10 hari pertama, ganjaran pengampunan dosa pada 10 hari berikut dan akhirnya pembebasan daripada api neraka di 10 terakhir.

Kelebihan Ramadan jadi motivasi muslimin beramal

Semua kelebihan ini motivasi untuk muslimin beramal memenuhi Ramadan dengan aktiviti bermanfaat. Diriwayatkan juga apabila tiba Ramadan, pintu langit, pintu syurga, pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.
Masyarakat Islam diseru berusaha bersungguh-sungguh memenuhi seluruh Ramadan dengan pelbagai kegiatan ibadah yang memiliki ganjaran hebat. Ganjaran bertadarus al-Quran contohnya mampu memberi ketenangan dan menarik rahmat Allah SWT.

Ini dinyatakan dalam riwayat: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat Allah SWT, malaikat akan menyertai mereka dan Allah SWT membanggakan mereka di kalangan malaikat yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Daud)

Ramadan juga bulan pengampunan dosa yang memberi peluang individu Muslim melipatgandakan usaha memohon keampunan seterusnya bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa itu.

Kelebihan yang tiada tolok bandingnya terdapat pula pada malam lailatulqadar. Berjihad mencari lailatulqadar adalah kemuncak daripada segala amal kebajikan dilakukan sejak hari pertama Ramadan.

Pada malam itu dosa sesiapa beristighfar diampunkan, doa dan permohonan kepada sesiapa yang ikhlas menadah tangan kehambaan diperkenankan.

Malah pahala beribadah menyamai 1, 000 bulan iaitu seolah-olah 83 tahun umur manusia bakal diraih insan terpilih beroleh nikmat beribadah pada malamnya. Ini juga peluang keemasan yang perlu diraih setiap Muslim.

Ia tiba setahun sekali dan tiada sesiapa yang boleh menjangka akan memperoleh lagi kenikmatan seperti ini pada tahun mendatang.

Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Petikan dari http://tayibah.com


 

NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN
MEROKOK ADALAH HARAM .... Majlis Fatwa Kebangsaan
Selama ini mereka sering memikirkan cara terbaik untuk berhenti merokok. Apabila cuba berhenti tetapi sering kali gagal. Inilah peluang keemasan yang patut diambil. Mudah-mudahan dengan azam yang kukuh diiringi pendirian yang teguh, Insya-Allah nafas baru dapat dikekalkan sehingga penghujung bulan puasa dan untuk bulan-bulan seterusnya sehinggalah dapat berhenti terus dari merokok.
Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh perokok. Bukannya mereka tidak sedar akan akibat buruk yang akan memusnahkan diri dan keluarga mereka. Ini kerana mereka telah diikat, dijerat dan dibelenggu oleh dadah nikotin yang telah sekian lama bersarang di dalam badan perokok. Tambahan pula turut diracuni tidak lebih dari 4000 bahan-bahan kimia merbahaya dan karsinogen di dalam badan.
 
Hasil dari kajian mendapati bahawa 95 peratus perokok Muslim menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadhan. Kita berpuasa hampir  14 jam sehari dan selama ini juga perokok dapat mengawal diri dari merokok. Apa salahnya selepas berbuka diteruskan tanpa merokok sehingga bersahur keesokan harinya pula. Jika perkara ini dapat diamalkan untuk hari-hari seterusnya nescaya tabiat buruk merokok dapat dihakiskan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak. 
Umumnya telah ketahui akan risiko kesihatan akibat merokok. Pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada keluarga tersayang. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tembakau adalah pembunuh nombor satu di negara kita. Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

Statistik terkini menunjukkan bahawa lebih kurang 5 juta penduduk Malaysia merokok dan angka ini meningkat setiap tahun. Daripada jumlah tersebut hampir 50 peratus adalah lelaki dewasa. Perangkaan mengikut kaum menunjukkan bahawa 35 peratus daripada  perokok lelaki adalah Melayu,  berbanding  kaum Cina 23 peratus dan kaum India 20 peratus. Lebih buruk lagi kebanyakan daripada mereka merupakan penduduk luar bandar yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah.
Turut membimbangkan ialah bilangan perokok wanita Malaysia juga didapati meningkat dengan kadar peningkatan agak mendadak terutamanya di kalangan gadis remaja. Penyelidikan bersama yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Universiti Islam Antarabangsa mendapati kadar merokok bagi remaja perempuan melonjak hampir dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian selama tiga tahun iaitu dari 1996 hingga 1999. 
Peningkatan mendadak bilangan remaja merokok amat membimbangkan kita. Mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran, kawan-kawan dan yang memainkan peranan yang lebih besar adalah iklan-iklan daripada syarikat gergasi rokok. Daripada merekalah kita perlukan tenaga, pemikiran, pembangunan dan kesejahteraan untuk negara kita pada  masa hadapan. Kita tidak mahu melihat mereka khayal dalam dunia mereka sendiri dengan penglibatan yang lebih buruk lagi menjadi penagih dadah. Bermula dari sinilah puncanya masalah sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya. 
Oleh itu sempena bulan suci dan mulia ini, sama-samalah kita berusaha membantu mereka yang ingin berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini. Bagi perokok ambillah peluang ibadah puasa kali ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari tabiat buruk merokok yang sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.  



MEROKOK
Merokok merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari yang boleh menyebabkan penyakit jantung iskemia berlaku. Selain dari itu, ia juga boleh menyebabkan strok. Bagi pesakit-pesakit jantung, mereka mudah untuk mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok.
Lebih dari 50 peratus penagih rokok akan mati sebelum berumur 70 tahun. Risiko kematian di kalangan perokok adalah antara satu setengah hingga dua (1 1/2 - 2) kali ganda lebih dari golongan bukan perokok. Untuk setiap hisapan, anda sebenarnya menyedut lebih dari 4,000 bahan kimia yang kebanyakannya racun dan boleh membunuh.

JENIS RACUN UTAMA DALAM ROKOK
  • Ammonia (Bahan Pencuci Lantai)
  • Aseton (Bahan Penanggal Cat)
  • Arsenik (Racun Anai-anai)
  • Toluidine **
  • Urethane**
  • Toluena** (Bahan Pelarut)
  • Dibenzacridine**
  • Fenol
  • Butana (Bahan Api Pemetik ApiKarbon Monoksida (Gas Beracun Dari Ekzos Kereta)Polonium - 210**
  • DDT (Racun Mahluk Perosak)
  • Metanol (Bahan Api Roket)
  • Kadmium** (Bahan Dalam Bateri Kereta)
  • Naftalena (Ubat Gegat)
  • Dimethylnitrosamine Pyrene**
  • Naphthylamine**
  • Benzopyrene**
  • Vinil Klorida (Bahan Membuat PVC)
  • Hidrogen Sianida (Racun Di Dalam Kebuk Gas)
  • Tar (Minyak Tar Jalan)
** bahan-bahan yang diketahui menyebabkan kanser
PETUA UNTUK BERHENTI MEROKOK

  • Berazam dan berjanji dengan diri anda untuk berhenti merokok
    Bertanya kepada profesional kesihatan yang anda kenali mengenai maklumat dan program yang boleh membantu anda berhenti merokok
    Melawan keinginan untuk merokok itu dengan pergi ke tempat yang dilarang merokok dan berada bersama orang yang tidak merokok
    Memberi penghargaan/hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya untuk berhenti merokok
    Menyibukkan diri anda dengan pekerjaan yang akan membuat diri anda susah untuk merokok seperti berkebun, mencuci pinggan mangkuk dan meningkatkan aktiviti harian anda
    Mengingatkan diri anda selalu bahawa merokok itu boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit, memberi kemudaratan kepada orang lain dan boleh menyebabkan kematian
    Meminta sokongan dari ahli keluarga dan rakan


Dua cedera 40 mercun bola meletup

 Oleh Maria Uffa ZulkafeliCetak
Sohibullah dipercayai mungkin buta mata sebelah kiri. Gambar kecil, Hafiz cedera di dahi dan badan. - Foto BERNAMASohibullah dipercayai mungkin buta mata sebelah kiri. Gambar kecil, Hafiz cedera di dahi dan badan. - Foto BERNAMA
Mangsa mungkin buta mata kiri

Alor Setar: Dua cedera termasuk seorang parah dan berisiko buta apabila bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup dalam kejadian di Kampung Kuala Kangkong, Simpang Empat, di sini kelmarin.
Mohd Sohibullah Saad, 27, mungkin hilang penglihatan selepas mata kirinya terkena serpihan letupan mercun terbabit dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu. Turut cedera anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, mulanya bermain mercun berkenaan seorang diri di halaman rumahnya sebelum disertai Tuah. Kanak-kanak berkenaan kemudian dikatakan membantu menyalakan sebiji mercun dipegang jirannya.

Sumbu mercun terjatuh

Bagaimanapun, tiba-tiba sumbu mercun yang sudah dinyalakan itu tertanggal dan terjatuh ke dalam kotak berisi stok mercun sama.

"Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan terbabit. Sebaik sumbu jatuh, semua mercun terbabit meletup. Saya dapat rasakan impak letupan menyambar muka, manakala Tuah pula terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan," kata Sohibullah.
Dalam keadaan pening dan berpinar, katanya, dia meminta bantuan penduduk kampung membawa mereka ke Klinik Ke sihatan Simpang Empat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie, ketika dihubungi, berkata Sohibullah cedera mata kiri, namun dilaporkan stabil, manakala Tuah pula dirawat sebagai pesakit luar kerana cedera paha kanan dan mata.

Puasa perisai hadapi cabaran dunia, akhirat

Asri Md Saman @ Osman


Setiap orang yang berpuasa seharusnya menyedari ibadah puasa yang mereka laksanakan dengan penuh keinsafan dan penghayatan akan menjadi perisai bagi dirinya. Bukan hanya menjadi perisai di dunia, malah di akhirat sana nanti.
Selain itu, puasa juga menjadi perisai dalam kehidupan dunia dalam erti kata mendinding diri daripada terjebak dalam kancah dosa dan maksiat, lebih-lebih lagi sesudah berlalunya Ramadan, saat kita terdedah dengan 11 bulan penuh mencabar dan sangat menguji keimanan serta kesabaran.

Puasa itu perisai dari api neraka seperti perisai (benteng) salah seorang kamu dalam peperangan. (Puasa akan menjadi perisai) selama mana dia tidak merosakkannya dengan kata-kata dusta dan umpatan”. - Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah
Serangan nafsu dan syaitan secara kombinasi sangat hebat. Tipu helah mereka datang dari segenap arah. Bayangkan, jika puasa tidak berupaya menghasilkan ‘benteng’ ampuh seperti diharapkan, maka jadilah kita kala itu ‘bahan’ sepak terajang nafsu dan syaitan.

Puasa yang hebat bukan saja menjadi pendinding untuk sehari dua bahkan dapat menjadi perisai melindungi diri setiap masa sehingga bertemu Ramadan yang akan datang.

Manakala di akhirat nanti, ibadah puasa turut menjadi perisai daripada terjerumus ke dalam api neraka. Inilah kurniaan yang sangat besar kepada hamba berpuasa.

Nabi SAW bersabda: “Puasa itu perisai dari api neraka seperti perisai (benteng) salah seorang kamu dalam peperangan. (Puasa akan menjadi perisai) selama mana dia tidak merosakkannya dengan kata-kata dusta dan umpatan.” (Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Hikmah agung

Sesungguhnya ibadah puasa difardukan Allah SWT mempunyai pelbagai hikmah agung bertujuan membuktikan ketaatan kepada Allah SWT dan mampu melahirkan manusia yang benar-benar menghayati sifat kehambaan dan dapat membina keperibadian diri muslim sejati.

Justeru, kewajipan kita bukan sekadar menerima puasa sebagai satu perintah daripada Allah, bahkan kita turut berkewajipan melaksanakannya dengan rasa penuh keikhlasan. Hanya puasa yang dibina atas tapak keikhlasan saja yang sampai kepada Allah.

Puasa dalam kategori inilah yang dijanjikan Allah bakal memperoleh ganjaran pahala tiada tolok bandingnya. Bukannya berpuasa kerana manusia atau kepentingan duniawi yang bersifat sementara.

Ikhlas laksana ibadah

Rasulullah SAW sangat mengambil berat dan memberi peringatan tegas mengenai keikhlasan melaksanakan perintah Allah.

Daripada Syaddad bin Aus, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berpuasa demi mencari pujian (nilaian) manusia, sesungguhnya ia telah berbuat syirik, barang siapa solat demi pujian (nilaian) manusia, maka sesungguhnya ia telah berbuat syirik dan barang siapa yang membayar zakat demi pujian (nilaian) manusia, maka sesungguhnya dia juga telah berbuat syirik.” (Riwayat Tabrani)

Puasa dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah adalah puasa yang gemilang dan penuh kekuatan. Pada hari kiamat nanti puasa yang gemilang berkilauan akan tampil di hadapan Allah SWT dan berkata: “Izinkanlah aku memberikan syafaat kepadanya.”

Inilah yang katakan rahmat Allah SWT yang tiada bertepi luasnya. Daripada Abdillah ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba di hari kiamat nanti. Puasa berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah menegahnya dari makan dan menuruti nafsu syahwat (semasa menjalani ibadah puasa), maka izinkanlah aku memberikan syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: (Wahai Tuhanku) Aku telah menegahnya dari tidur di sebelah malam, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Maka kedua-duanya (puasa dan al-Quran) diizinkan (Allah) memberikan syafaat itu.” (Riwayat Ahmad, Tabrani, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakim)

Peluang berharga

Tidak terhenti dengan kurniaan pahala yang tidak bertepi, mukmin berpuasa kerana Allah diberi kurniaan tambahan iaitu doanya dijamin mustajab, pasti didengari dan dikabulkan. Peluang berharga ini, janganlah disia-siakan.

Hakikatnya di dunia ini, berapa ramai orang yang berdoa, berbuih-buih mulutnya bukan sehari tetapi bertahun-tahun, namun Allah belum berkenan memakbulkannya. Keadaan sebaliknya bagi orang yang benar-benar berpuasa.

Bukan sekadar Allah akan memakbulkannya bahkan Allah juga rindu dan ternanti-nanti doa dan rintihan hamba-Nya yang berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir.” (Riwayat Bukhari)

Penulis ialah pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Thursday, July 19, 2012

Umat Islam Berpuasa Esok 21hb Julai 2012





Pasti korang semua pernah tengok wajah Tn Haji ini....beliau adalah penyimpan mohor besar raja-raja malaysia.Wajah yang akan muncul di televisyen ketika nak umumkan tarikh mula berpuasa,hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha.


Oleh yang demikian saya ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah2 yang berkaitan dengannya.Saya memohon maaf jika ada salah silap yg saya lakukan sepanjang blog ini wujud..Saya mendoakan agar puasa korang semua diberkati oleh Allah SWT...insyaallah...


Untuk isteri dan anak-anak yang disayangi,ayahanda bonda,mertua,adik-beradik,pakcik makcik,sepupu sepapat dan semua anak2 saudara serta yang mengenali diri saya yang lemah lagi sederhana ini....diharap dapat mengerjakan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....insyaallah. 


Wassalam.





SkyRunner @ Mad Hop

Mad hop – SkyRunner @ Mad Hop Bakal jadi kegilaan Remaja (Video)

Korang pernah dengar tak pasal Mad Hop atau pun Skyrunner ni…
Sebenarnya aku pernah tengok kat tv tapi baru tahu benda alah ni dipanggil Mad Hop atau pun SkyRunner…
SkyRunner atau Mad Hop ni sebenarnya sejanis alat permainan Outdoor yang baru je kat pasaran Malaysian ni, kalau tak silap aku alat yang digunakan ni asalnya digunakan oleh atlit kurang upaya dalam sukan lumba lari…
Apa Itu Mad hop /SkyRunner
 skyRunner
“Skyrunner” secara asasnya merupakan satu spring yang dikawal melalui tekanan dan hasilnya adalah satu pergerakan menegak di atas tanah. Dengan pertambahan beban, pengecutan spring dan pembalikan pergerakan tekanan semasa spring ditekan akan dicapai. Ini akan membantu tekanan natural pada hujung tapak kaki untuk bertambah dan membolehkan pelari untuk mencapai tahap lompatan yang optimum. Dengan kata yang lebih mudah, anda benar-benar boleh terbang!!
Selain Skyrunners atau Mad Hop alat ni juga dikenali sebagai Kangaroo Shoes, Jumping Stilts, Powerisers dan Fly Jumpers
Kelebihan Skyrunner
•Lompat setinggi 2 meter!
•Mampu melangkah sejauh 3 meter!
•Berlari sehingga 30 km/h!
•Bermain sambil bersenam.
Harga : Dewasa Rm 899 (mengikut berat badan pengguna)
Kanak Kanak Rm 799

Disalin dari: http://dnobiz.com/santai/mad-hop-skyrunner-mad-hop-bakal-jadi-kegilaan-remaja-video/#ixzz218EIkkBR