Tuesday, August 18, 2009

Kejutan


Suasana pagi ini agak lembab skit,sebab semalam hujan lebat sekitar lembah kelang..dengan mata yg agak2 mengantuk lagi aku menunggang kuda besi aku utk ke pejabat selepas menghantar anak ke sekolah.

Hampir 20 minit perjalanan ke pejabat dan dok asyik mencelah2 disebalik kenderaan besar yg berbaris panjang akibat kesesakan jalanraya,aku dikejutkan oleh mat-mat motor yg datang dari arah bertentangan,kelam kabut jugak aku dibuatnya kerana terpaksa membrek motor aku yg hampir 10 tahun usianya itu.Dengan perasaan yg agak marah + terkejut aku pekik kat mat motor yg melintas kat depan aku apa yg berlaku sebenarnya,walaupun aku dpt merasakan ada sesuatu di selekoh hadapan......dgn nada yg kuat mamat tu jerit ...POLISSS.....sambil mencelah di dalam kesesakan jalanraya.

Spontan aku teringatkan road tax aku yg telah tamat tempoh dan belum diperbaharui akibat kelalaian sendiri.Maka dgn rasa takut aku pon melencong mengikut laluan yg dilalui oleh mat2 motor tadi.Setelah sampai di pejabat aku merasa lega yg teramat sangat....kalau la kena saman atau apa2 saja tadi masalah besar la jugak,tengah2 bulan ni..heeheeheh.

SELAMAT BERPUASA